Friday, February 18, 2011

7 Jenaka

Kalau bosan, ni la kerja aku, taip je apa yang terfikir kat kepala otak ni. So, ni adalah serangkap sajak berkenaan diri aku. Bosan punya pasal. Layan je la.

**

Aku suka berjenaka.

Mendatangkan rasa gembira,
walaupun hanya untuk seketika,
namun tidak sehingga terleka.

Aku suka berjenaka.

Tergelak kecil,
tersenyum kambing,
melupakan seketika,
perkara yang duka.

Aku suka berjenaka.

Menghiburkan hati
rakan dan keluarga,
merapatkan hubungan
antara kami semua.

Aku suka berjenaka.

Buat lawak bodoh
dengan selamber,
tak kisah apa mereka nak kata,
selagi aku tahu batas bicara.

Aku suka berjenaka.

Membuatkan rakan
senang bersama,
dimana sahaja,
tak kira masa dan ketika.

Aku suka berjenaka.

Inilah aku,
manusia biasa
yang kadang petah berbicara,
dengan keletah dan jenaka.

Aku suka berjenaka.

Namun,
Aku serius didalam berjenaka.



**
sikit hari lagi aku nak publish lagu pulak..hahak

Wednesday, February 9, 2011

Tawaran Jawatan Yang Makan Dalam

Kalau setahun lepas, Jabatan Pendidikan Pahang offer aku jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau lebih dikenali sebagai Guru untuk subjek Pendidikan Islam, tahun ini JPN offer aku jawatan itu lagi.

Masuk ini, dah kali kedua tawaran dari JPN yang aku terima. Pada aku jawatan yang JPN offer kali ni lebih menusuk hati aku.


Tak tahulah samada memang khidmat aku sangat diperlukan atau sekadar nak perli aku. Huh..

Memang JPN nak suruh aku belajar agama secara mendalam nampaknya kali ini.