Wednesday, October 5, 2011

Mencari Ketenangan

Assalamualaikum..

Mungkin ini post last kat blog ni. Gua dah tak nak karang citer mengarut lagi.

Motif sebenar gua bukak blog adalah mengarang cerita untuk gua baca sendiri, penceritaan yang gua sendiri nak baca. Senang citer, gua tulis, gua baca. So memang ikut selera sendiri.

Dan sekarang, gua rasa gua dah jumpa penulisan yang gua suka baca.

Blog ini dah tak ada makna.

Mintak maaf andai ada salah silap dan terguris hati di dalam penulisan Blog ini.

Sekian.




Jika ada urusan, inbox kat gmail gua..

Thursday, September 29, 2011

Senyum


1. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, ia memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.

3. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.

4. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

5. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah.

6. Senyuman merupakan satu Sedekah.

7. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.




*bangun pagi tadi tersenyum sorag2...hak3

Tuesday, September 27, 2011

Gitar Kapok


Ada makwe request lagu kat gua. Hikhik.. Power..Power..

Buat baju pun ok camni.. simple.. hmm


*gua tengah cari idea nak design kad kahwin.. ada budak suruh.. haish giler2..

Thursday, September 15, 2011

Ceritera : Seirama

Cinta. Suatu perasaan yang sukar diungkap, dinilai dan sangat kompleks komponennya namun ramai yang ingin memilikinya.

Ada yang mengagumkan cinta tetapi sering disakiti olehnya.

Ada yang mencari cinta sejati, cinta yang kekal abadi selamanya, namun tak kunjung tiba.

Dan ada yang cintanya tidak kesampaian, musnah ditengah jalan, karam dilanda badai menimpa.

Ada yang mengatakan cinta itu buta. Ini kerana cinta tidak kelihatan menunjukkan rupa, namun kewujudannya dapat dirasa, cukup untuk menggambarkan betapa indahnya cinta. Ia hanya dapat dirasa melalui hati.

Manusia ketemu cinta dari pelbagai bicara.

Cinta yang datang dari hati.

Cinta yang lahirnya dari jiwa.

Cinta yang bertaut dari pandangan mata.

Dan cinta yang mekarnya dari perasaan kasih dan ihsan. Namun ada jua cinta kerana harta. Setiap insan punya citarasa yang berbeda.

Berbeza dengan kisah cinta antara dua jiwa, Dani dan Bella. Mereka dipertemukan melalui satu irama. Satu irama yang kemudianya membentuk sebuah rasa. Irama itu menyenangkan keduanya. Senantiasa beralun.

Ini kisahnya...


***

Disebuah taman. Di satu sudut, seorang pemuda asyik mengalunkan irama memetik gitar. Suasana yang mendamaikan. Dia duduk disebuah pangkin, mengadap ke arah tasik yang tenang. Kelihatan bersama, pen dan helaian kertas disisi.


***

"Nice rhythm..!!"

Dani tersentak dan menoleh.

Kelihatan seorang wanita yang tinggi lampai dan ayu raut wajahnya. Dia hanya tersenyum.

"Terima kasih"

Wanita itu menghampiri.

***

"Sorry if i disturbing you"

"Tak. Awak tak ganggu pun"

"Can i sit here for a while..?"

"Ya.. boleh", Dani mengemas helaian-helaian kertas yang berselerak di sisi.

"Silalah"

Wanita tersebut duduk disebelah Dani.

"You're song writer?"

"Eh takdelah. Ini saja je, hobi saya bila ada kelapangan, tulis lagu"

"I really love listen to music, it make me feel relax"
"And forget about everything"
"Yup everything.."

"..... "

***

"By the way, I'm Nabila, just call me Bella"

"Emm... Saya Dani"

Monday, September 12, 2011

Terlerai Kasih Kekal Terindah


Awak.
Maafkan aku seandainya sepanjang perkenalan antara kita, aku banyak menyakitkan hati kamu. Aku hanyalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kekhilafan. Dan tidak pernah sekali bermaksud untuk melukakan hati kamu di atas setiap kekhilafan itu. Sesungguhnya teguran yang mungkin menyakitkan hati kamu itu tidak ubah seperti sebuah nasihat dari seorang suami kepada isteri yang sangat dicintai.

Awak.
Suatu masa dulu diketika aku mencintai kamu sepenuh hati, masih segar diingatan bilamana pohon dan air di Lata menjadi saksi cinta kita, nasi ayam adalah menu cinta kita, cafe sebagai persinggahan kita dan persekitaran Rumah Rehat turut menjadi sang setia mendengar setiap keluhan dari kamu. Ya benar, aku merindui setiap saat itu. Namun semuanya telah berlalu, ianya telah menjadi sejarah kenangan antara kita.

Awak.
Aku sedaya upanya cuba untuk menjadi yang terbaik untuk kamu. Senantiasa berusaha membuatkan kamu berasa senang dikala berdampingan, selesa dikala bersama. Tidak pernah terniat langsung di hati kecil ku ini untuk membuatkan kamu berasa tersisih dan terpinggir. Aku bersungguh untuk memenuhi setiap ruang dihati kamu dan tidak sesekali aku mengizinkan sedikit pun ruang kosong dihati kamu.

Awak.
Aku insan biasa yang punya hati dan perasaan, cemburu aku tidak lebih untuk memperlihatkan perasaan sayang dan cinta aku pada kamu. Bukan bermaksud ingin mengongkong kehidupan seharian kamu, cuma terkadang merasa kecewa kerana tidak berada disisi, disetiap detik dan saat bagi menghadapi hari-hari yang kamu lalui. Maaf kerana tidak dapat bersama disaat kamu menghadapi dugaan-dugaan hidup yang sememangnya berat untuk ditanggung. Sesungguhnya kamu masih mempunyai dua orang insan yang lebih layak bersama kamu diketika itu, tidak aku tergamak merampas kamu dari mereka.

Awak.
Maaf jika aku tidak sempurna, sepertimana yang kamu impikan, ianya seseorang yang senantiasa disisi, memahami setiap isi hati dan sedia memenuhi segala naluri. Maaf jua aku tidak berkesempatan memenuhi impian kamu untuk bercuti ke tanah tinggi bersama, menikmati angin bayu dipantai dan menghabiskan hari-hari tua bersama dengan bahagia. Seandainya masa boleh diundurkan, tidak akan aku sia-siakan kamu lagi.

Awak.
Kini aku kehilangan. Kamu bukan lagi milikku. Dan aku tahu, kebahagiaan kini memihak kepada kamu, aku gembira jika benar begitu. Mungkin jodoh kita belum tiba, dan mungkin jua jodoh diantara kita bukan didunia yang nyata ini, tetapi di Syurga nan indah lagi hakiki. Akan aku kenang sehingga akhir nyawa, ceritera pelayaran cinta antara kita yang pernah berbunga mekar bercahaya.

Awak.
Aku terima semua yang berlaku diantara kita ini sebagai sebuah takdir yang telah tersurat dan yakinlah, setiap apa yang terjadi, pasti ada Hikmah yang tersirat, itu janjiNya yang pasti. Nama kamu senantiasa didalam doa ku, agar kamu bahagia meniti hari-hari. Isi hati ini ikhlas dari seorang yang bernama Aku buat kamu, yang pernah bertakhta dihati.



*hhmmm bez jugak penulisan aku nih upanya..kehkehkeh

Ceritera ini juga terdapat disini Nadirajhs.tumblr.

Sunday, September 11, 2011

Temujanji Dengan Doktor


2 bulan lalu gua pergi klinik, kaki injured. Liga 'German' punya pasal.

**

"Ye awak sakit apa?", tanya doktor.

"Ni kaki saya ni Doktor, tergeliat"

"Em sini saya tengokan.."

"......"

"Serius jugak ni"

"Nape Doktor?"

"Ligamen awak terkoyak. Macam mana boleh jadi macam ni?"

"Semalam, saya main bola, biasa la, kena tackle.."

"Saya nasihatkan awak, stop main bola. Percent untuk awak injured lagi sangat tinggi"
"Carilah sukan lain"

"Sukan lain? Sukan apa yang sesuai dengan saya Doktor?"

"Em saya rasa congkak sesuai dengan awak ni. Tak pun poco-poco. Ok..?"

Pppaaannngggg....!!!

"Hah ni makan dia..!!"


"Agak-agak la Doktor nak perli saya pun", gua pun blah dengan selamber selepas lempang Doktor.

"Lu apahal pandang-pandang..??", gua sound nurse kat kaunter.


*ok gua tipu bab lempang ngan sound nurse tuh...kahkah