Friday, June 24, 2011

Abah

Tanggungjawab sebagai seorang bapa begitu berat. Menjaga isteri serta anak sekeluarga. Mencari nafkah untuk menyara mereka semua.

Ada masanya terpaksa melalui saat pahit dan getir berseorangan.

Meredah hujan.


Mengharungi rintangan.


Semuanya demi ingin memberikan senyuman diwajah orang yang tersayang.

Pengorbanan yang dilakukan sangat besar dan tak ternilai harganya. Kita ini sebagai seorang anak, terkadang terlepas pandang akan jasa seorang bapa.

Kita sering melenting.

Dan tidak mengendahkan nasihat yang diberi.


Sebagai seorang anak lelaki yang meningkat dewasa, mungkin sukar untuk mengungkapkan ucapan Terima Kasih kapada Abah secara berdepan, dan inilah cara untuk berterima kasih kepada Abah.

Walaupun kita jarang bersembang dan bercakap antara satu sama lain, namun ia tidak bermakna aku lupa akan jasa dikau. Bila tiba masanya, pasti akan ku balas jasa dan mengambil alih tanggungjawab yang dipikul.


Terima Kasih kerana menjaga Mak selama ini.

Terima Kasih kerana menjaga kami sekeluarga.

Terima kasih atas segala penat lelah dan pengorbanan yang telah Abah lakukan.

Selamat Hari Bapa.. Abah...

Pakcik Nazri ketika muda remaja.

*abah gua persis Hazama ketika usia mudanya... gua pulak xyah cakap la persis siapa, kompom-kompom la Remy Ishak... kahkah

Thursday, June 2, 2011

Beranak Isteri

Sejak ada anak isteri ni, hidup aku sibuk sikit. Seawal 6.15 pagi dah kene bangun, persiapkan anak untuk ke sekolah. Sambil itu, tolong isteri siapkan sarapan pagi di dapur.

Jam 7.10, hantar anak dan isteri ke sekolah. Mujurlah isteri bekerja satu sekolah dengan anak, sekali jalan je hantar dia kerja. Bukanlah isteri tak pandai bawak kereta untuk pergi kerja, tapi memang aku sendiri yang nak hantar dia setiap hari.


''Apalah sangat penat lelah aku menghantar ambil mereka 5 hari seminggu jika nak dibandingkan dengan kasih sayang aku terhadap mereka''


Jam 8, aku pula masuk kerja. Biasalah, kerja pomen ni penat sikit, setiap hari ada kerja.

Jam 1.30, kene ambil anak isteri balik sekolah. Kemudian, masuk kerja semula.

Jam 3.00 petang pula, kene hantar anak ke kelas fardhu ain. Sambil aku balik ke rumah untuk mengambil anak, isteri aku siap-siap sediakan bungkusan makan tengah hari untuk aku bawa ke pejabat.


''Sejak kahwin ni, tekak aku dah tak selera makan di kedai''


Pada sebelah petangnya pula, jam 6.00, aku anak dan isteri sek
eluarga akan bersiap untuk beriadah bersama. Aktiviti yang mengeratkan lagi hubungan aku anak dan isteri.

Hidup berkeluarga ni, agak memenatkan.


Namun, jika nak dibandingkan dengan kasih sayang aku pada mereka, apalah sangat.


Nampakkan penatnya beranak isteri nih..


Kahkahkahkah....