Friday, August 26, 2011

Photoshop : Brushes

Brushes ni banyak kegunaannya. Aku biasa edit pic pun memang akan guna function Brushes ni. Yang mana ada install Adobe Photoshop tu memang tau la kan apa dia Brushes ni.

So sini aku nak bagitau yang korang sebenarnya boleh tambah jenis Brushes pada adobe korang. Biasanya, bila korang install Photoshop, ada sikit je jenis Brushes.

Meh sini den ajar cam mano nak tambah Brushes.

Mula-mula korang search kat Google, tulis Free Photoshop Brushes. Then carilah keywords macam ni : Vector, Silhouette, Floral, Swirl. Bila dah jumpa Brushes yang korang berkenan, 'Download', Save ke PC korang. Biasanya icon bagi brushes adalah seperti bawah ni.

Ok, skang korang dah ada beberapa set Brushes. Next step is copy all Brushes and paste it to Adobe Photoshop folder.

Mana folder nak paste..?? Ni caranya..

Korang pergi ke folder dimana korang install Photoshop. Kebiasaanya ada di partition 'C', 'Program File', 'Adobe', 'Photoshop'.

Dah jumpa folder Photoshop, then cari pulak folder dalam Photoshop tu, 'Presets', 'Brushes'.

Ok, kat sini la korang perlu 'Paste' file-file brushes yang korang download tadi.

Sekarang korang dah ada banyak jenis Brushes, so senang la korang nak edit apa-apa guna Photoshop ni. Kat sini aku tunjuk sekali apa yang aku dapat buat dengan Brushes-Brushes tersebut.

Freedom

Nature Give Us Future

We Miss You - Whispers of Nature

Hah dah boleh wat Background Wallpaper sendiri. Contoh atas ni sume hanya guna Brushes je. Color ngan susunan, ikut kreativiti masing-masing.

So enjoy with ur Photoshop dan Selamat Beramal..

Thursday, August 18, 2011

Nasihat Dari Seorang Berpengalaman

Suatu malam di kedai kopi sekitar Bandaraya Lipis. Empat bersahabat pekena teh sambil sembang hal duniawi. Sedang rancak bersembang, satu kisah dibicarakan.

***

"Ko nanti Dani, kalau nak cari bini, jangan tengok pada rupa sangat", Shagy mula berbicara.

Dani iyakan sahaja sambil teguk teh tarik, serius medengar nasihat dari seorang yang berpengalaman.

"Nak cari, cari yang boleh buat ko gembira, tak ada la bosan bila kahwin nanti"

Kairul dan Jimi asyik mendengar sambil sedut asap. Shagy sambung cerita.

"Cari yang pandai memasak, rajin mengemas rumah, sanggup susah senang bersama. Sementara ko boleh memilih ni, ko pilih la betul-betul"

"Jangan tersalah pilihan, bila nasi dah jadi bubur, menyesal nanti", sambung Shagy.

***

"Tengok latarbelakang keluarga, mak bapak diorang, ok ke, tak.."

"Lagi satu, cari perempuan yang dengar kata", Shagy pekena teh seteguk sebelum sambung bicara.

"Penting tu. Yela, bukan apa, kita ni nanti bila kahwin jadi ketua keluarga, kalau bini tak dengar cakap,macam mana nak jadi ketua keluarga. Tanggungjawab tu."

***

"Banyak lagi aku nak cakap ni sebenarnya"

"Tapi tu la, satu je aku nasihat, jangan pandang pada rupa semata-mata", Shagy nyalakan rokok baru.

Yang lain tekun mendengar.

"Tapi kalau ko nak budak cun jugak, ni aku ada sorang budak maktab. Nak nombor dia..??"

Terus masing-masing keluarkan henset..


*awek kat kedai kopi tadi boleh tahan..kehkehkeh