Thursday, August 18, 2011

Nasihat Dari Seorang Berpengalaman

Suatu malam di kedai kopi sekitar Bandaraya Lipis. Empat bersahabat pekena teh sambil sembang hal duniawi. Sedang rancak bersembang, satu kisah dibicarakan.

***

"Ko nanti Dani, kalau nak cari bini, jangan tengok pada rupa sangat", Shagy mula berbicara.

Dani iyakan sahaja sambil teguk teh tarik, serius medengar nasihat dari seorang yang berpengalaman.

"Nak cari, cari yang boleh buat ko gembira, tak ada la bosan bila kahwin nanti"

Kairul dan Jimi asyik mendengar sambil sedut asap. Shagy sambung cerita.

"Cari yang pandai memasak, rajin mengemas rumah, sanggup susah senang bersama. Sementara ko boleh memilih ni, ko pilih la betul-betul"

"Jangan tersalah pilihan, bila nasi dah jadi bubur, menyesal nanti", sambung Shagy.

***

"Tengok latarbelakang keluarga, mak bapak diorang, ok ke, tak.."

"Lagi satu, cari perempuan yang dengar kata", Shagy pekena teh seteguk sebelum sambung bicara.

"Penting tu. Yela, bukan apa, kita ni nanti bila kahwin jadi ketua keluarga, kalau bini tak dengar cakap,macam mana nak jadi ketua keluarga. Tanggungjawab tu."

***

"Banyak lagi aku nak cakap ni sebenarnya"

"Tapi tu la, satu je aku nasihat, jangan pandang pada rupa semata-mata", Shagy nyalakan rokok baru.

Yang lain tekun mendengar.

"Tapi kalau ko nak budak cun jugak, ni aku ada sorang budak maktab. Nak nombor dia..??"

Terus masing-masing keluarkan henset..


*awek kat kedai kopi tadi boleh tahan..kehkehkeh

3 comments:

  1. Adess pantang dahi licin, suma yg penting da d lpakn hohohoh..

    ReplyDelete
  2. hahaahha..lame jgk ak xbukak blog ko nih..rancak ko mengupdate ek..hehehehe..aniway..ak calon yg cukup x?? muwahahahahaha..
    ak doakan ko bertemu jodoh yg baik medan..insyAllah...

    ReplyDelete