Friday, April 15, 2011

Makan Tengahari

Hari ni gua makan tengahari lewat sikit. Lepas test kul 11, gua balik bilik sambung tido. Lepas semayang Jumaat, gua masuk kampus kejap, kena settle kan hal sikit.

Lebih kurang pukul 4, gua baru ada kelapangan untuk pergi ke mamak berhampiran. Macam biasa, gua order nasi goreng kampung. Air pulak tak macam biasa, hari ni gua order air oren memandangkan cuaca agak panas.

**10 minit kemudian nasi sampai.

Gua terus makan. Baru sesuap dua gua dah stop makan.

Nasi masin mengalahkan air laut. Putus selera gua..

Gua letak sudu dengan garfu, telan air oren sampai habis, gua terus pergi kaunter.

"Boss. Nasi masin la...!!", kata gua sambil menghulurkan Rm10.

"Masin sangat ke..??", tanya boss semula sambil mengambil baki dalam laci.

"Masin tak masin sangat la kalau sampai tak lalu nak telan..", sound gua buat-buat marah.

"Biasanya orang kalau makan rasa masin ni, TAK LAMA NAK KAWIN..!!", kata boss tersenyum nipis sambil menghulurkan baki Rm4.

Ok. Gua diam tak terkata. Heheh..

4 comments: