Monday, April 25, 2011

Band Cari Makan

Oleh kerana dah tak ada apa yang nak di postkan, so layan je la video ni. Ni masa training untuk persembahan malam pra grade budak electrical batch 08/11.


More video, visit my Mdanjebon Channel.

Friday, April 22, 2011

Photoshop : Cantikkan Gambar

Ok kali ni nak tunjuk macam mana nak cantikkan sikit gambar.

Cara ini khas untuk orang yang hanya bermodalkan camera henset macam aku, yang gambar nya tak berappa nak cantik, haha. Tapi yang mana ada DSLR tu dah tak payah nak edit, dah memang cantik.

Berbekalkan software Photoshop 7, yang agak ketinggalan zaman, sebab sekarang orang sume dah gune Photoshop CS5, so ikut je lah step bawah ni.

Step 1, bukak photoshop, ofkos la kan.

Step 2, tarik gambar yang nak di'edit' tadi dalam Photoshop.

Step 3, select 'Image' kat Photoshop window, belah atas tu. Then, select 'Adjustments', 'Levels' macam gambar bawah ni..

Lepas click tu, akan keluar satu window kecil, macam gambar bawah ni.

Step 4, adjust kat 'Graph Levels' tu. Kat sini kene gunakan kemahiran 'try sampai puas hati'..haha. Caranya click 'Marker' kat graph tu, gerakkan ke kanan dan ke kiri. Pandai-pandai la korang adjust sampai gambar tu nampak ok.

Ok, dah dapat tone yang 'puas hati'.

Step 5, ialah save file yang dah edit tadi. Click 'File', 'Save As'.

Then, pilih format 'JPEG', select destination folder yang korang nak save tu. Click 'Ok' untuk next window yang keluar.

Inilah hasilnya sebelum dan selepas editing.


Cantik la sikit kan..haha

So, dats all. Selamat mencuba dan Selamat Beramal.

Friday, April 15, 2011

Makan Tengahari

Hari ni gua makan tengahari lewat sikit. Lepas test kul 11, gua balik bilik sambung tido. Lepas semayang Jumaat, gua masuk kampus kejap, kena settle kan hal sikit.

Lebih kurang pukul 4, gua baru ada kelapangan untuk pergi ke mamak berhampiran. Macam biasa, gua order nasi goreng kampung. Air pulak tak macam biasa, hari ni gua order air oren memandangkan cuaca agak panas.

**10 minit kemudian nasi sampai.

Gua terus makan. Baru sesuap dua gua dah stop makan.

Nasi masin mengalahkan air laut. Putus selera gua..

Gua letak sudu dengan garfu, telan air oren sampai habis, gua terus pergi kaunter.

"Boss. Nasi masin la...!!", kata gua sambil menghulurkan Rm10.

"Masin sangat ke..??", tanya boss semula sambil mengambil baki dalam laci.

"Masin tak masin sangat la kalau sampai tak lalu nak telan..", sound gua buat-buat marah.

"Biasanya orang kalau makan rasa masin ni, TAK LAMA NAK KAWIN..!!", kata boss tersenyum nipis sambil menghulurkan baki Rm4.

Ok. Gua diam tak terkata. Heheh..

Wednesday, April 6, 2011

Amazing Year 2011


Tahun ini banyak perkara yang jadi dalam hidup gua. Begitu juga kepada dunia. Gempa bumi dan tsunami sana sini. Namun jika diperhati, tahun ini sangat menarik.

Ini adalah antara susunan no haribulan yang ada di dalam tahun 2011:
1.1.11
11.1.11
1.11.11
11.11.11

Dan juga didalam bulan Oktober 2011, terdapat 5 hari Sabtu, 5 hari Ahad dan 5 hari Isnin. Perkara ini terjadi hanya sekali setiap 823 tahun.

Ini ada lagi satu nak habaq mai. Lu orang ikut je step bawah ni:
1. Ambil 2 no. terakhir tahun anda dilahirkan (contoh : 1987, juz amik 87)
2. Tambahkan dengan umur anda pada tahun ini.

So dapatlah susunan no yang agak menarik.

Dan yang paling tersangat menariknya nak habaq mai ialah gua target bertunang pada 11.11.11 nanti..haha

Doakn gua ok..

Friday, February 18, 2011

7 Jenaka

Kalau bosan, ni la kerja aku, taip je apa yang terfikir kat kepala otak ni. So, ni adalah serangkap sajak berkenaan diri aku. Bosan punya pasal. Layan je la.

**

Aku suka berjenaka.

Mendatangkan rasa gembira,
walaupun hanya untuk seketika,
namun tidak sehingga terleka.

Aku suka berjenaka.

Tergelak kecil,
tersenyum kambing,
melupakan seketika,
perkara yang duka.

Aku suka berjenaka.

Menghiburkan hati
rakan dan keluarga,
merapatkan hubungan
antara kami semua.

Aku suka berjenaka.

Buat lawak bodoh
dengan selamber,
tak kisah apa mereka nak kata,
selagi aku tahu batas bicara.

Aku suka berjenaka.

Membuatkan rakan
senang bersama,
dimana sahaja,
tak kira masa dan ketika.

Aku suka berjenaka.

Inilah aku,
manusia biasa
yang kadang petah berbicara,
dengan keletah dan jenaka.

Aku suka berjenaka.

Namun,
Aku serius didalam berjenaka.



**
sikit hari lagi aku nak publish lagu pulak..hahak

Wednesday, February 9, 2011

Tawaran Jawatan Yang Makan Dalam

Kalau setahun lepas, Jabatan Pendidikan Pahang offer aku jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau lebih dikenali sebagai Guru untuk subjek Pendidikan Islam, tahun ini JPN offer aku jawatan itu lagi.

Masuk ini, dah kali kedua tawaran dari JPN yang aku terima. Pada aku jawatan yang JPN offer kali ni lebih menusuk hati aku.


Tak tahulah samada memang khidmat aku sangat diperlukan atau sekadar nak perli aku. Huh..

Memang JPN nak suruh aku belajar agama secara mendalam nampaknya kali ini.