Tuesday, July 27, 2010

Dendam Orang Minyak - Ep 1


Hidup di Bandar besar seperti di Kuala Lumpur membuat kan Zafran buta tentang agama. Selama ini, dia jahil mengenai halal haram, dosa pahala dan hidup bergelumang dengan maksiat. Ibubapanya tidak pernah mengajarnya tentang agama kerana terlalu sibuk bekerja. Dia hanya sedar tentang penting nya agama setelah bertemu dengan seorang gadis yang bernama Zalina.

Setelah berkenalan hampir 4 bulan, Zafran mula jatuh cinta kepada Zalina. Sifat dan ketulusan hati Zalina telah menambat hati Zafran. Dia menyatakan perasaan hati nya kepada Zalina dan
menyuarakan hasrat untuk menjadi teman hidup Zalina. Zalina agak terkejut dengan niat yang disuarakan oleh Zafran itu.

Zalina meminta sedikit tempoh masa untuk memikirkan nya terlebih dahulu. Zafran bersetuju dan menanti jawapan dari Zalina dengan penuh sabar. Beberapa hari kemudian, Zalina berjumpa semula dengan Zafran untuk memberi jawapan mengenai niat zafran yang disuarakan beberapa hari lalu.

“Bang. Saya dah memikirkan masak-masak mengenai lamaran abang tempoh hari”, Zalina membuka bicara dengan penuh sopan dan lemah lembut. “So, macam mana? Ina terima tak lamaran abang?”, Zafran bertanya dengan penuh teruja, seperti tidak sabar untuk mengetahui jawapan dari mulut Zalina.


“Ish abang ni, cuba bawak bersabar sikit, gelojoh betul. Em Ina dah tanya pada bapak dan mak. Mereka meletak kan beberapa syarat”, kata Zalina sambil mencapai bunga raya yang ada berhampiran dan mencarik-carik kan nya.


“Syarat..?”, Zafran berkerut dahi kerana pelik dengan jawapan yang diberikan Zalina tadi. “Syarat apa tu Ina?” sambung Zafran. “Nak kahwin pun bersyarat-syarat? Dah macam kisah Puteri Gunung Ledang pulak”, bisik hati kecil Zafran.

Jangan dia mintak jambatan emas dah la, duit keta pun 2 bulan dah tak bayar ni.

Zafran suspen....

Thursday, July 15, 2010

Air Mata Mak Leha 3

Pon.. Pon..

Kedengaran bunyi hon kereta dari luar rumah. Sebuah kereta waja silver parking betul-betul depan rumah Pak Alim. Seorang lelaki kelihatan keluar dari kereta dan berlari kecil kearah pintu rumah Pak Alim seperti ingin mengelak hujan yang semakin lebat. Di dalam rumah, Mak Leha masih menangis tersesak-esak. “Mak bawak bersabar yek”, berkali-kali Laila cuba memujuk ibunya itu namum tidak berjaya.

Tokk.. Tokk.. pintu rumah mereka diketuk.

“Laila, ko pergi buka kan pintu, tengok kan sape yang datang. Mak sedih sangat ni”, Mak Leha mengarahkan anaknya untuk membuka pintu. Tangisan nya belum juga reda.
Laila pun bingkas bangun dan berjalan kearah pintu. Dia faham keadaan ibunya ketika itu.

Setelah pintu dibuka, kelihatan seseorang yang sangat dikenali oleh Mak Leha dan Laila masuk ke dalam rumah. Kemudian lelaki itu membuka mulut.

“Hah awak ni. Tak habih-habih dengan Hindustan awak tu. Dah macam orang mati anak da gayanya”, Pak Alim baru sahaja pulang dari kedai.

Mak Leha tersengeh kucing.

"Ngeh..Ngeh..".

Memandangkan hari hujan, Pak Alim meninggalkan moto kapcai nya di kedai Aru. Kebetulan Haji Leman juga berada di kedai Aru ketika itu, lalu di minta nya untuk menghantar pulang ke rumah. Sebelum pulang, mereka sempat pekena kopi di kedai Janda Kiah. Sebab itu lah Pak Alim lewat pulang rumah.

Petang Sabtu adalah saat-saat yang dinanti-nantikan oleh Mak Leha dan Laila. Tepat sahaja jam 2 petang, mereka akan meluru di depan tv. Rancangan yang sangat diminati dan digilai oleh anak beranak 2 orang ni, slot Panggung Sabtu di TV3. Citer Hindustan, kalau tak menangis, memang tak sah.

Wednesday, July 14, 2010

Air Mata Mak Leha 2

Kelihatan helmet Apollo MS88 bewarna merah milik Pak Alim yang diletakkan di sebelah rak kasut bersebelahan dengan pintu utama rumah. Sebelum keluar rumah, Mak Leha sempat menegur Pak Alim supaya memakai helmet.

“Bang, helmet tu? Pakai la, untuk keselamatan abang jugak”, tegur Mak Leha sambil menunjukkan ke arah helmet Apollo merah itu. “Alaa.. Saya keluar kejap je. Lagipun kedai Aru tu bukan nya jauh pun, hujung tu ha je”, Pak Alim berkeras dan mengendahkan sahaja teguran mak leha tadi.

“Dekat ke jauh ke, keselamatan kena la jaga. Tengok iklan dalam tv tu? Saya tak nak jadi macam tu”, marah Mak Leha. “Ish awak ni, saya tau la jaga diri saya. Awak tak payah sibuk la”, balas Pak Alim. “Ikut awak la bang oi. Jangan lupa pulak apa yang saya pesan tadi”, akhirnya Mak Leha mengalah dengan kedegilan Pak Alim.


Memang keras kepala jenis nya Pak Alim ni dan menjadi kebiasaan baginya tidak memakai helmet setiap kali ke kedai Aru yang terletak hanya lebih kurang 200 meter dari rumah nya itu. Pak Alim terus saja menghidupkan enjin motor kapcai nya itu dan berlalu pergi. Setelah teguran Mak Leha itu tidak diendahkan, dia sambung semula mengadap t.v bersama Laila.

Hampir 2 jam berlalu, namum Pak Alim masih belum pulang. Cuaca petang itu mendung. Sesekali hujan rinrik-rintik turun membasahi bumi bagai mengiringi tangisan Mak Leha.

Thursday, July 8, 2010

Air Mata Mak Leha 1

Suasana di ruang tamu rumah Pak Alim sungguh hiba sekali. Tiada suara gelak ketawa, hanya tangisan dari Mak Leha sahaja yang kedengaran. Sesekali terdengar bunyi hingus ditarik.

Sruuutttt....


Beberapa kotak tisu telah habis digunakan untuk mengesat air mata Mak Leha.

Laila, berusia 18 tahun, merupakan anak bongsu kepada pasangan Pak Alim dan Mak Leha. Sejak pukul 2 tadi dia berada di sisi Mak Leha, cuba menenteramkan ibunya itu. Tidak kelihatan kelibat Pak Alim dari tadi, kali terakhir nya adalah ketika dia ingin keluar ke kedai, membelin sos cili dan kicap yang diminta oleh Mak Leha.

"Mak, sabar la ye mak", Laila cuba meredakan hati Mak Leha sambil menggosok-gosok belakang badan ibunya itu. Mak Leha semakin kuat menangis, sehingga teresak-esak. "Mak, jangan la macam ni mak. Kalau mak tak nak brenti menangis, Laila nak menangis jugak la", Namun Laila masih bertahan, dia tidak menangis lagi. Kelihatan mata nya berkaca dan sedikit kemerahan, air mata nya di tahan dari mengalir.

Laila terus menghulurkan tisu kepada ibunya itu. "Mak sedih Laila. Mak tak dapat tahan, hanya Tuhan saja yang tau betapa pilu nya hati mak sekarang ni", barulah Mak Leha membuka mulut. Percakapan nya tersekat-sekat dek kerana sedih nya yang melampau.

"Waaa.. Waaa.. ", makin kuat tangisan Mak Leha. :kenapa boleh jadi macam ni?", sambung nya. "Laila, kenapa Laila?", dia seperti tidak dapat menerima apa yang telah terjadi.