Kelihatan helmet Apollo MS88 bewarna merah milik Pak Alim yang diletakkan di sebelah rak kasut bersebelahan dengan pintu utama rumah. Sebelum keluar rumah, Mak Leha sempat menegur Pak Alim supaya memakai helmet.
“Bang, helmet tu? Pakai la, untuk keselamatan abang jugak”, tegur Mak Leha sambil menunjukkan ke arah helmet Apollo merah itu. “Alaa.. Saya keluar kejap je. Lagipun kedai Aru tu bukan nya jauh pun, hujung tu ha je”, Pak Alim berkeras dan mengendahkan sahaja teguran mak leha tadi.
“Dekat ke jauh ke, keselamatan kena la jaga. Tengok iklan dalam tv tu? Saya tak nak jadi macam tu”, marah Mak Leha. “Ish awak ni, saya tau la jaga diri saya. Awak tak payah sibuk la”, balas Pak Alim. “Ikut awak la bang oi. Jangan lupa pulak apa yang saya pesan tadi”, akhirnya Mak Leha mengalah dengan kedegilan Pak Alim.
Memang keras kepala jenis nya Pak Alim ni dan menjadi kebiasaan baginya tidak memakai helmet setiap kali ke kedai Aru yang terletak hanya lebih kurang 200 meter dari rumah nya itu. Pak Alim terus saja menghidupkan enjin motor kapcai nya itu dan berlalu pergi. Setelah teguran Mak Leha itu tidak diendahkan, dia sambung semula mengadap t.v bersama Laila.
Hampir 2 jam berlalu, namum Pak Alim masih belum pulang. Cuaca petang itu mendung. Sesekali hujan rinrik-rintik turun membasahi bumi bagai mengiringi tangisan Mak Leha.
No comments:
Post a Comment