Tuesday, July 27, 2010

Dendam Orang Minyak - Ep 1


Hidup di Bandar besar seperti di Kuala Lumpur membuat kan Zafran buta tentang agama. Selama ini, dia jahil mengenai halal haram, dosa pahala dan hidup bergelumang dengan maksiat. Ibubapanya tidak pernah mengajarnya tentang agama kerana terlalu sibuk bekerja. Dia hanya sedar tentang penting nya agama setelah bertemu dengan seorang gadis yang bernama Zalina.

Setelah berkenalan hampir 4 bulan, Zafran mula jatuh cinta kepada Zalina. Sifat dan ketulusan hati Zalina telah menambat hati Zafran. Dia menyatakan perasaan hati nya kepada Zalina dan
menyuarakan hasrat untuk menjadi teman hidup Zalina. Zalina agak terkejut dengan niat yang disuarakan oleh Zafran itu.

Zalina meminta sedikit tempoh masa untuk memikirkan nya terlebih dahulu. Zafran bersetuju dan menanti jawapan dari Zalina dengan penuh sabar. Beberapa hari kemudian, Zalina berjumpa semula dengan Zafran untuk memberi jawapan mengenai niat zafran yang disuarakan beberapa hari lalu.

“Bang. Saya dah memikirkan masak-masak mengenai lamaran abang tempoh hari”, Zalina membuka bicara dengan penuh sopan dan lemah lembut. “So, macam mana? Ina terima tak lamaran abang?”, Zafran bertanya dengan penuh teruja, seperti tidak sabar untuk mengetahui jawapan dari mulut Zalina.


“Ish abang ni, cuba bawak bersabar sikit, gelojoh betul. Em Ina dah tanya pada bapak dan mak. Mereka meletak kan beberapa syarat”, kata Zalina sambil mencapai bunga raya yang ada berhampiran dan mencarik-carik kan nya.


“Syarat..?”, Zafran berkerut dahi kerana pelik dengan jawapan yang diberikan Zalina tadi. “Syarat apa tu Ina?” sambung Zafran. “Nak kahwin pun bersyarat-syarat? Dah macam kisah Puteri Gunung Ledang pulak”, bisik hati kecil Zafran.

Jangan dia mintak jambatan emas dah la, duit keta pun 2 bulan dah tak bayar ni.

Zafran suspen....

No comments:

Post a Comment