Saturday, November 27, 2010

Nasib Kesatuan Kultus Lalat Ep3

“Hai manusia. Jangan bunuh hamba”, terdengar suara kecil entah dari mana.

“Suara siapa itu? Kau ke?”, bertanya Usin sambil memandang tepat kearah lalat tadi.

“Ya benar. Ini memang hamba yang bersuara. Hamba didalam kesusahan”, jawab lalat itu tadi sebelum dia bercerita lebih lanjut.

“Hamba adalah lalat pengawal dari istana Kesatuan Kultus Lalat. Istana hamba kini ‘in danger’. Persatuan Ultra Lebah Angkasa telah datang menyerang istana kami. Puteri kami kini berada didalam tahanan Persatuan Ultra Lebah Angkasa”, kata lalat.

“Habis, mane pengawal-pengawal yang lain?”, Tanya Usin.

“Hanya 3 ekor sahaja lalat pengawal, termasuk hamba yang berjaya melepaskan diri dari tahanan Persatuan Ultra Lebah Angkasa. Tetapi malang nya, kedua-dua kawan hamba mati. Seekor mati lemas didalam teh tarik manakala seekor lagi mati terkena perangkap lalat elektrik, kini hanya tinggal hamba seekor sahaja”, jawab lalat.

“Oooh begitu. Suwey betul kawan ko tuh yek. Ateh, kome nak teman buat ape?”, tanya Usin dalam loghat Perak.

“Begini, hamba ingin meminta pertolongan tuan hamba untuk menyelamatkan Tuan Puteri kami bagi menjamin kelangsungan kerajaan kami. Hanya hamba seekor sahajalah harapan mereka”, jelas lalat.

Usin merenung seketika. Sesekali dia berkerut dahi seolah sedang berfikir. Merenung jauh.

“Kalau aku tolong kau, apa yang aku dapat?”, soalan berunsur duniawi diajukan Usin.

“Jika sekiranya tuan hamba berjaya menyelamatkan Tuan Puteri kami, tuan hamba akan memperoleh kekayaan. Lokasi rahsia harta karun yang tersorok berada didalam tangan kerajaan kami, dan disebabkan rahsia ini jugalah yang membuatkan Persatuan Ultra Lebah Angkasa menyerang kerajaan kami”, kata lalat.

Riak muka Usin kelihatan berubah setelah mendengar berita tentang harta karun tersebut.

“Wow. Kalau macam tu, aku dah tak yah susah-susah nak cari kerja lepas ni. Baiklah, anna setuju. Aku sedia membantu ko, demi kerajaan Kesatuan Kultus Lalat…. dan demi harta karun”, terpancar sifat tamak haloba dari riak wajah Usin.

“Sebelum kita bekerjasama, ingin hamba bertanya, siapakah nama gerangan tuan hamba ini?”, lalat bertanya pada Usin.

“Ooh. Nama aku Usin.?”, jawab Usin.

“Usin..? Usin Bolt ke Tuan Usin Lempoyang..?”, tanya lalat lagi.

“Eh ko ni, banyak tanya pulak, sekali aku ‘Ridsect’ kang, saje je. Dah, ko tunggu sini kejap, aku nak pergi bersiap”, kata Usin.

“Baiklah, tetapi jangan lama-lama ya tuan hamba. Kerajaan hamba dalam bahaya”, kata lalat.

Setelah meletakkan si lalat tadi diatas meja makan, Usin bingkas bangun dan menuju ke bilik.

Wednesday, November 24, 2010

Nasib Kesatuan Kultus Lalat Ep2

Setelah siap mandi semua, Usin pun menjenguk ke dapur. Di angkat nya tudung saji diatas meja untuk menjengah lauk yang disediakan Mak Bedah. Mak Bedah kelihatan sedang berdiri di sinki, membasuh pinggan mangkuk.

“Lah..!! Ikan masin dengan sambal belacan je ke..??!!”, Usin seperti tidak puas hati dengan perkhidmatan buffet yang disediakan oleh Mak Bedah.

“Eh cuba la belajar bersyukur sikit. Kira ok lah tu ada lauk. Mak ada tengok video kat Pesbook dulu tu, kawan mak yang ‘tag’kan, kat Africa nu, orang makan tanah je tau, belum bab air minum nya lagi, kang mak sebut, muntah hijau kau dengar nya” bebelan bertali arus dari Mak Bedah.

“Nak makan, makan. Tak nak, tak yah”, tambahnya.

“Mentang-mentang dah ada account Pesbook, itu pun aku yang ajarnya minggu lepas”, kata hati kecil Usin .

“Ikan masin pun ikan masin la. Nasi nya mane?”, tanya usin.

“Tu dalam periuk tepi dapur. Amik la sendiri, mak nak pergi amik daun serai jap kat luar nu”, jawab Mak Bedah sambil menunjuk ke arah periuk nasi yang terletak disudut ruang dapur rumahnya itu, sebelum berlalu pergi.

Usin tanpa berlengah mencapai pinggan. Disenduk nya nasi dalam periuk dan terus duduk di meja makan.

Baru je Usin nak suapkan nasi berlaukan ikan masin tadi, dia dikejutkan dengan satu bunyi yang sangat dibencinya.

“Ngeeengg.. Ngeeengg..”

“Ai binatang nih. Time aku nak melantak la ko datang yek. Boleh pulak ko be’racing’ kat dapur ni”, mendidih darah Usin dibuatnya dengan gelagat seekor lalat yang tiba-tiba muncul.

Usin memandang ke segenap sudut dapur rumahnya, mencari penyapu lidi untuk memukul lalat yang syok be’racing’ tu.

“Ngeeengg.. Ngeeeeennnnggggggg..”

Makin rancak lalat tu duk layan ‘lap’ sedang Usin masih tercari-cari penyapu lidi. Lalu dia hinggap kat tangan Usin. Sebelah tangan lagi, Usin dah standby dengan penyapu lidi yang baru dijumpanya.

“Wah banyak cantek ko yek. Siap landing kat tangan aku lagi. Ko memang nak kena ni”, kata Usin dalam hati.

Baru je Usin nak hayun penyapu lidi, tiba-tiba dia terdengar suatu suara kecil. Dia menghentikan hayunan Cakar Penolak Awan yang baru dipelajari melalui komik Pedang Setiawan.

“Hai manusia. Jangan bunuh hamba”, terdengar suara kecil entah dari mana.

“……..??!!”

Sunday, November 21, 2010

Nasib Kesatuan Kultus Lalat Ep1

Hari Sabtu. Di sebuah rumah yang terletaknya dihujung sebuah desa. Suasana hening desa tersebut dikejutkan dengan suara seorang wanita, menjerit dengan nada yang tinggi. Kalau mengikut ilmu muzik, suara dia berada di note E#msus7 (E sharp minor sus seventh). Hanya beberapa orang artis sahaja didunia ini yang sampai note E ini.

**

“Usinnnnn.….!! Bangunnnn….!! Dah pukul berapa dah ni…??!!”

Beberapa keping cermin tingkap pecah dibuatnya setelah note tadi dilepaskan oleh Mak Bedah. Kelihatan Usin terbungkang di ruang tamu dengan keadaan berlenggeng dan hanya berboxer, masih berhalusinasi di alam mimpi. Toto dan bantal bersepah diruang tamu, tidak ubah seperti keadaan di gelanggang wrestling.

“Wooii..!! Tak dengar ke mak cakap..?? Bangun. Dah tengahari da ni”, pekik Mak Bedah lagi.

Setelah dua kali pekikan dilepaskan pada note E#msus7 oleh Mak Bedah, dan sebelum dia menggunakan hikmat Ngauman Singa Betina beliau, Usin bingkas bangun. Usin duduk seketika, cuba menghilangkan khayalannya. Setelah terhangguk-hangguk dua tiga kali, dia berdiri, di capainya toto dan bantal, diseretnya terus masuk ke dalam bilik.

“Apa la mak ni. Hari Sabtu ni kan, bangun awal pun bukan buat apa”, Usin bersuara keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu semula dengan wajah yang selenge seolah nak penampar sedas.

Dengan kesan air liur basi masih di pipi, dia duduk di kerusi. Di buka nya TV.

“Hah cantek sangat lah tu. Bangun-bangun tido ngadap TV”, artis wanita tadi bersuara dari dapur.

“Pergi mandi nu”, tambah artis.

“Ei orang tua ni, orang nak layan Spongebob jap pun tak boleh”, jawab Usin dengan nada perlahan.

“Apa ko cakap? Ulang sekali lagi, mak tak berapa nak dengar la”, Mak Bedah melenting.

“Eh tak ada apa la mak. Ni ha, Mr Krab dalam citer Spongebob ni, jadi tua untuk episode ni”, Usin berdalih setelah kata-katanya didengari Mak Bedah.

“Oo ingat aku tak dengar? Tua aku ni pun, pandai bangun pagi, pandai cari rezeki”, jawapan makan dalam diberikan oleh Mak Bedah, memerli Usin yang menganggur sejak 4 bulan yang lalu setelah tamat kursus menjahit dari Pusat Giat Mara.

“Dah, ko tak payah banyak bunyi, cepat pergi mandi, sebelum tong gas ni melekat kat kepala ko”, balas Mak Bedah.

Usin bingkas masuk bilik, dicapai tuala dan berlalu pergi ke bilik air.

Thursday, October 28, 2010

Photoshop : Tukar Latar Belakang (samb)

Ok, sambungan untuk tukar latar belakang. Step last, clear sume background kan, so tiba la masanya ntok letak background yang korang suka.

Skang, aku pilih gambar Colosseum, monumen bersejarah kat Rome Italy ni sebagai background. Search je kat Google tu, bersepah gambarnya.


Dah decide gambar apa korang nak, skang, tarik je gambar tadi masuk photoshop. Nak ikut law pun boleh, pegi la open file, ikut step yang lepas yek. Aku malas, heheh.

Bila da tarik gambar tadi masuk photoshop, korang skang akan nampak ada 2 file kan. Click gambar yang korang da buang background tu, pastikan gambar tu kat depan. Lepas tu, pergi kat tool bahagian kiri window photoshop, cari sumbol anak panah, Move Tool nama dia. click simbol ni, then pegi kat gambar korang, click jangan lepas, tarik je masuk background baru tadi, Colosseum tu.

Dah settle step atas, mungkin gambar korang terlalu besar atau kecik. Jadi nak match kan dengan scale background, korang pergi kat window bar kat atas photoshop tu, cari "Edit", "Transform", "Scale". Nanti akan ada nisbah ntok "width" ngan "length", pastikan nilai dia sama, kalau tak, gambar korang tak real.


Then ni la hasil nya. Tak pasal-pasal aku lepas kat Italy. Heheh.

Tapi tak brapa real la. Nak real, kena buat banyak step lagi. Dengan cara ni, banyak menda kita boleh buat, contohnya gambar bawah ni.

Gambar asal

Lepas edit

Akhir kata, selamat mencuba. Anda buat, anda dapat. Heheh

Sunday, October 24, 2010

Photoshop : Tukar Latar Belakang

Jom kita eksperimen sendiri guna photoshop untuk tukar latar belakang gambar asal kita dan gantikan dengan latar belakang yang lain.

Mula-mula, pilih gambar yang mana kita nak buangkan latar belakang dia. Kalau nak senang untuk kita edit, cari latar belakang gambarnya yang mempunyai satu atau 2 warna sekata. Tapi kalau tak ada gak,ikut korang lah nk amik gambar apa pun, janji sesuai dengan latar belakang yang korang nak tukar tu.

Jadi, aku dah buat pilihan, ini gambar yang akan ku tukarkan latar belakangnya.

Ok, ini gambar asal. Posing depan bilik asrama, tepi tong sampah dan berlatar belakangkan motor kapcai member aku.

Buka software Photoshop korang. Tak kisah la Photoshop berapa pun, CS3 ke, CS4, aku guna Photoshop 7 je. Lepas tu tarik je gambar korang tadi masuk Photoshop ni, cara mudah. Kalau nak ikut law dia pun boleh, pergi kat File, Open. Hah cari la file korang tadi.


Ok, dah ada gambarnya. Bila dah ada macam gambar atas ni, hala kan pointer mouse korang tu kat 'Layers', biasanya ada kat belah kanan, bawah hujung, macam dalam gambar bawah ni.

Ok, nampak gambar atas ni. Klik dua kali kat simbol kunci tu. Kunci tu bermaksud, kita kunci gambar tu sebagai latar belakang tetap untuk kerja kita. Biasanya guna untuk banyak-banyak layer, supaya korang tak teralih/move gambar tersebut.

Lepas tu, klik simbol petak berlubang tengah tu. Add layer mask. Dari workspace ni la kita akan buang latar belakang yang tak diperlukan. Dah buat tu, klik macam gambar atas ni. Nampak ada macam 'border' kaler putih tepi-tepi tu kan, tu maksudnya korang da select untuk edit kat workspace tu.

Sekarang, pergi pulak kat area-area belah kiri, atas. Ada nampak simbol macam berus tukan, klik je. Kita akan guna 'Brush' ini untuk padam yang tak berkenaan.

Pilih saiz brush. Ikut suka korang la nak besar ke nak kecik. Lagi besar saiz, lagi senang nak delete gambar, tapi lagi kecik brush, lagi teliti. Anda yang tentukan. Den bagi pandangan yo.

Bila da pilih saiz, boleh mulakan langkah-langkah untuk delete area yang tak berkenaan. Macam dalam gambar atas ni, nampak kat kesan delete tu. Jadi, klik la ikut kerajinan korang. Klik satu-satu. Usaha tangga kejayaan.

Tapi bila dah usaha, tawakal je la yek. Heheh.

Kalau korang malas nak klik satu-satu, macam leceh sikit kan. Aku ada satu cara lain. Mula-mula korang klik macam gambar atas dari gambar atas ni (kalau tak faham,lantak korang la), bila dah klik tu, 'tekan dan jangan lepas' button 'shift' kat keyboard. Lepas tu, klik kat area yang agak jauh sikit dari point pertama tadi.

Buatlah sampai habis yek untuk point seterusnya.


Dan.. Tadaaaa. Ini la hasilnya. Dah habis latar belakang aku buang. Ok, sekarang, pergi kat 'File', save, sambung lain kali pulak sebab aku da malas. Haha

Next step, aku publish nanti-nanti. Penat pulak taip banyak-banyak ni.

Akhir kato dari den, Anda Buat, Anda Dapat..... Renung-renung kan.....

Friday, October 22, 2010

Seni : Elektronik

Hah pernah tengok tak Seni Elektronik ni? Kepada student Electrical Engineering kat lua sana, sia-sia la study korang selama 4 - 5 tahun kalau tak tahu pasal Seni ni. So, jom aku perkenalkan ape kebendanya Seni Komponen Elektronik ni.

Rantai leher yang diperbuat dari komponen-komponen elektronik seperti perintang (resistor) dan pemuat kapasitor (capacitor). Sape-sape nak buat rantai ni senang je, main sambung-sambung dan ikut kreativiti sendiri, tak payah la susah-susah nak kene kira rintangan, arus dan voltan semua tu guna Hukum Ohm, V=IR. Bengkok sana, bengkok sini. Dah jadi.


Ini pulak anting-anting yang diperbuat dari capacitor. Bengkokkan kaki capacitor tu sikit, dah. Boleh sangkut kat telinga korang. Simple.


Hah cantikkan..?

Jadi mane-mane student yang tengah study lagi tu, yang agak-agak pointer rendah dan kalau grade tak ada orang amik keje, hah belajar-belajar lah buat rantai dan anting-anting ni yek. Kalau tak jadi engineer nanti, boleh bukak kedai aksesori. Hahaha.

Sunday, October 10, 2010

Dendam Orang Minyak - Ep 3

Sebaik sahaja Zafran sampai ke rumah, cepat-cepat dia mencari rakan serumah nya, Ucop. Dicari nya kat dapur. Tak ada. Kat bilik air. Pun tak ada. Last sekali, dibuka pintu bilik Ucop dan terlihat Ucop terbungkang kat katil.

“Woi ucop..! Bangun la ha.”,Zafran cuba mengejutkan ucop sambil tangan nya menggerak-gerak kan badan Ucop.

Namun Ucop masih berkeroh.

Seketika kemudian Ucop bersuara, “Emmmm.. jangan kacau la. Ni katil aku. Katil ko sebelah nu”.

Sambil mengesat air liur basi di pipi nya dan lalu tido semula.

“Wei bangun la. Aku ada masaalah besar ni.”, Zafran bertegas.

Tangan nya makin keras menghayunkan badan Ucop.

“Woi. Gler da ke ko ni Ran”, marah Ucop, namum masih belum bangun.

“Kalau roboh katil aku ni nanti, ko ganti baru. Double decker, king size tau”, tambah nya.

Last sekali, ditarik nya selimut dengan bantal si Ucop oleh zafran. “Hah. Apa ko nak buat sekarang? Nak tido lagi?”, Zafran berdiri sambil tangan nya memegang selimut dan bantal Ucop.

“Ish ko ni..! Kalau tak menyusahkan aku satu hari, tak boleh ke? Tak senang hidup aku duk serumah ngan ko ni”, dengan nada bengang Ucop melenting.

“Oh ko tak nak duduk ngan aku ke? Pergi la cari rumah lain..!”, Zafran menarik muka.

Ucop terfikir sejenak. Memandang kan dia hanya menumpang di rumah zafran dan tak mampu nak sewa rumah sendiri, dia tersengih.

“Heheh aku bergurau je la Ran. Macam budak-budak la ko ni, sikit-sikit merajuk. Kecik hati”, jawab nya sambil bingkas bangun dari tido. Dia duduk di sisi katil dengan muka seposen, tengah mamai lagi.

Zafran duduk di sebelah ucop. “Ei busuk la ko ni”, Zafran mengusik Ucop.

“La nama pun baru bangun tido, memang la, tak kan wangi pulak. Yang ko tu duk dekat-dekat ngan aku ni asal, nak cium ketiak aku ke?”, sambil mengangkat sebelah tangan nya. "Duk jauh sikit, igat aku ni Ina ke", tambahnya.

“Hah ni la masalah aku, pasal Ina tu. Pening pale aku dibuat nya”, Zafran mula buka cerita.

“Nape pulak? Ko break dengan dia ke? Ala apa susah, ramai lagi aweks-aweks kat lua nu. Petik jari je, 10 yang datang taawww”, Ucop berseloroh.

“Eh mane pulak, mane break nya. Bape hari lepas, aku lamar dia untuk jadi isteri aku. Dia bagi tempoh. Lepas tu, baru tadi la dia bagi jawapan”, jelas Zafran.

“Hah habis tu, apa jawapan dari dia” tanya Ucop dengan nada teruja.

“Dia bagi syarat”, jawapan ringkas Zafran.

“Aik..? Nak kahwin pun bersyarat-syarat? Dah macam kisah Puteri Gunung Ledang pulak”, jawapan dari zafran disambut dengan agak pelik oleh Ucop.

“Eh macam ayat aku siang tadi je?”, kata Zafran dalam hati.


***

Zafran masih belum menyatakan syarat yang diminta oleh Zalina kepada Ucop.

"Apa syarat yang dia mintak?", Ucop cuba bertanya. Kelihatan Zafran seperti memikirkan sesuatu. Soalan Ucop tadi seperti tidak dihiraukan nya.

"La ko ni, tadi iya-ya je nak bagitau aku, ni senyap pulak. nak cakap tak ni?", kata Ucop setelah soalan nya tadi tidak dijawab.

"Kejap la, aku tengah pening ni".

"Zalina. Dia cakap, bapak dia nak kan menantu yang pandai tentang agama. Ni solat pun aku tak tau. Tu yang aku pening skang ni", dia menerangkan masalahnnya kepada Ucop.

"Zalina suruh aku belajar solat semua, lepas tu baru la bawak pergi jumpa orang tua dia. Yang menjadi benak dalam pale otak aku skang ni, mane aku nak cari guru agama, ustaz, nak belajar nya, tak kan nak menuntut dengan ko pulak, lagi terpesong aku", tambah Zafran panjang lebar.

Setelah mendengar penjelasan yang panjang lebar dari Zafran, Ucop berfikir seketika, dia pun kelihatan pening-penig lalat memikirkan masalah Zafran. Bbeberapa minit kemudian, Ucop pun buka mulut.

"Aku pun tak tau la Ran. Kita ni kan sama taraf je iman nya. Tentang guru agama tu, aku tak pasti la, tapi aku ada dengar pasal sorang Tok Bomoh ni, pandai la ubat-ubat orang dengar nya. mesti dia tau tentang agama ni serba sedikit kan", Ucop memberi cadangan.

"Hah betul ke Ucop? Kat mana tu? Boleh la bawak aku jumpa dia", Zafran kelihatan gembira mendengar jawapan dan cadangan yang diberikan oleh Ucop itu.

"Aku pun tak tau jugak la, kat Kampung Batu, area Gombak kalau tak silap", jawab Ucop dengan dahi nya berkerut seperti ragu-ragu.

"Wokeh cantek. Esok jugak kita pergi cari tok tu", kata zafran dengan bersemangat nya.

"Tapi sebelum tu, aku nak sambung tido dulu ni. Dah, ko pergi keluar nu", Ucop mengarahkan Zafran keluar.

Zafran berlalu keluar sebelum membuka kesemua lampu dan menutup kipas siling.

"Cilakaaaakkkkk ko Raaaaannnnnnn....!!!"

Friday, October 8, 2010

Masa Berlalu Pantas

Kebelakangan ni hidup aku busy. Buat assignment, report, thesis dalam satu masa. Huh giler.

Tak nak cakap banyak, nak berpuitis je..

Masa Berlalu Pantas

Sedar tak sedar dah kena pintas
Ingin ku capai namun tak sampai
Bila dah ku capai ia terlepas

Masa Berlalu Pantas

Sepantas angin gerakan Penjejak Badai
Watak dalam komik Pedang Setiawan
Bilakah semua ini akan langsai

Masa Berlalu Pantas

Cukup pantas..

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka


Salam Merdeka buat semua warganegara Malaysia.

31 Ogos 1957 merupakan tarikh bersejarah bagi negara kita, dan hari ni genap sudah 53 tahun negara kita Merdeka. Tengok saje negara kita kini, banyak pembangunan. Semua ni tak akan tercapai jika kita semua tidak bekerjasama dan bekerja dalam kumpulan (teamwork) seperti ini..

Kita perlu tunjukkan rasa cinta pada negara kita, Malaysia.

Tak kisah lah begini..


Atau pun begini..

Tapi jangan begini.. rempit

Mahupun begini.. sempit

Begini tak ape..


*tak ada kaitan heheh

Tuesday, August 24, 2010

Kondisi Ketakaktifan

Selesai makan di kedai Pakcik Armat, aku pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, ku capai kerusi kuning dan terus sahaja aku duduk. Terasa berat sekali. Kaki mula goyah. Mata terasa pedih sekali.

Adakah ini efek dari makanan yang ku makan di kedai Pakcik Armat tadi..??

Apakah kandungan nya sehingga diri menjadi begini..??!!

Mungkihkah diriku terkena 'santau'..??

Ooh tak mungkin..

***

Kedengaran berita jam 8 melalui corong speaker television usang kepunyaan Mr Cheng. Ku duduk kiri, tak kena. Ku duduk kanan, tak kena jugak. Pe yang aku buat, seolah serba tak kena. Sebelum aku merebahkan diri ke lantai simen laman rumah, sempat ku melihat jam di henset. Ia menunjukkan pukul 8.10 malam. suasana malam hening sekali. Kedengaran bunyi unggas dan cengkerik di luar rumah.

Kenapa begini..??!!

Ku dapat rasakan Parotis, Submandibularis dan Sublingualis ku mula memberi efek terhadap diriku. Dingin udara yang melalui salur Trakea yang panjangnya dari Rawan Krikoid Larinks sehingga ke atas tulang Vertebra Toraks ke-5 dan seterusnya membahagi kepada Bronkus Primer kanan dan kiri, terletak anterior terhadap Esofogus dapat kurasakan.

Kutarik nafas panjang, kemudian ku lepaskan perlahan-lahan.

Keadaan diriku masih sama. Tiada perubahan.

Berita jam 8 di tv ku lihat semakin kelam dan sayup kedengaran. Apakah mataku juga menerima efek dari makanan yang ku makan di kedai Pakcik Armat tadi..??

Tak mungkin boleh jadi begini. Belum puas lagi ku menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan serta zat-zat nya. Belum sempat lagi untuk ku menyempurnakan urusan yang tertangguh di dunia. Ku ingin terus menikmatinya dan ingin menyelesaikan segala urusan. Aku perlu bertahan.

Penyahtoksikan, metabolisma melanda diriku. Tangan ku semakin berat untuk diangkat. Diriku menjadi semakin lemah tidak bermaya. Ku cuba untuk bangkit, namun gagal.

Sekretin, Pancreozymin serta Gastrin mula merobek isi perut ku.

Aaarrghhh tidak..

Diriku mula memasuki suatu alam yang khayal, terbang tinggi ke awangan tanpa kawalan.

Aku kini sedang berhalusinasi.

Tiada lagi kedengaran berita. Pandangan mata menjadi kelam hitam.

Dan akhirnya aku.....




ZZzzzzZZzzzzzZZzzzzzzzzzz............


*sementara itu, proses percernaan terus berlaku sedang aku berhibernasi.

Saturday, August 7, 2010

Dendam Orang Minyak - Ep 2

Zafran suspen..

“Bapak nak kan menantu yang berpendidikan agama supaya nanti dapat membimbing Zalina. Lagipun, bapak kan Tok bilal kan kampung Ina. Apa pulak nanti orang kampung kata kalau menantu dia tak pandai solat dan soal-soal agama yang lain”, jawab Zalina panjang lebar.

Zafran terfikir sejenak sambil menundukkan kepala kebawah. Termenung Zafran seketika. Jangan kan soal agama, solat pun dia tak pandai. Pening kepala Zafran memikirkan sehingga berkerut-kerut dahi dan mulut nya. Sesekali dia memandang kearah Zalina.

“Ina nak abang belajar agama. Itu pun kalau abang nak kahwin dengan Ina”, Zalina berpaling dan memandang tepat kearah mata Zafran dengan penuh perasaan kasih.

Setelah hampir juling mata kedua-dua zafran dan Zalina tadi, Zafran bingkas berdiri tegak lalu memandang wajah Zalina. “Baiklah Ina. Jika begitu syarat nya, sekarang jugak abang akan pergi belajar agama. Setelah lengkap agama abang nanti, abang akan berjumpa dengan bapak Ina”, kata zafran dengan bersemangat dan hati yang berkobar-kobar.

“Kot ye pun, sabar-sabar la sikit abang ni, esok pun boleh kan. Sekarang kita dating dulu”, Zalina cuba meredakan perasaan teruja kekasihnya itu. “Heheh abang main-main je, saje buat suspen. Esok abang akan mulakan misi abang ok”, tersenyum Zalina dengan gelagat Zafran.

“Aaaa.. abang. Sebelum abang pergi balajar agama, Ina nak tanya sikit boleh?”, tanya Zalina seperti takut-takut . “Bukan sikit, banyak pun abang akan jawab, demi Zalina”, lega Zalina dengan jawapan Zafran. Dia pun bertanya, “Emm abang da tuu..?”. Zafran berkerut dahi, “Dah tu..?? Dah tu apa ni Ina, cuba la cakap terang-terang sikit, tak faham abang”, Zafran bertanya semula.

“Aaaa soalan ni ibarat nak luah mati mak, nak telan mati bapak la abang”, jelas Zalina sebelum menyambung, “Abang da ni..?”, sambil tangan nya mengisyaratkan sesuatu.

“Apa dia? Potong kuku? Dah la, tengok kuku abang ni, pendek lagi”, jawab Zafran yang semakin pelik dengan soalan kekasihnya itu.

“Abang da masuk jawi…? heheh”, akhirnya Zalina berterus terang dan tersengeh-sengeh sendirian.

“Amboi, daring nya soalan.. Ingat abang ni ape hah.. Sudah la. U don’t worry about that ok”, sambil bercekak pinggang Zafran menjawab. Tersenyum kecil Zalina mendengar jawapan dari Zafran.

Selepas selesai dating, mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

Wednesday, August 4, 2010

Pasar Rabu

Petang Rabu, memang menjadi kelaziman aku ngan budak-budak rumah pergi pasar beli makanan untuk makan malam. Malam-malam nanti dah tak payah nak keluar pergi makan kat kedai.

Pasar nya tak ada la jauh sangat, depan rumah je. Buka pintu rumah, terus nampak pasar, kalau nak oder, jerit je terus kat brader-brader pasar tu. So hari ni, tak ada lagi inspirasi makanan dalam pale otak aku ni nak makan ape.

Tak ape la, jalan je la dulu, tengok ada yang bekenan nanti, beli je terus. Baru setapak dua langkah, aku merasakan suatu fenomena yang pada aku dah lama da berlaku nya, cuma kali ni, fenomena tu semakin berleluasa, bak cendawan tumbuh lepas hujan. Fenomena yang aku maksudkan ialah terdapat ramai orang yang jual buah sekarang ni.

Pandang kiri, buah. Pandang kanan buah. Bez sangat ke agak nya jual buah ni? Untung besar agak nya, bisik hati aku. Aku tengok, macam-macam jenis ada, epal, oren, betik dan macam-macam lagi la.

Tak ada ke buah lain nak jual? Buah kurma ke, buah delima ke, banyak sikit khasiat nya, ini tidak. Pada aku merugikan je. Yang brader-brader burger ni, tak nak ke tukar selera, jual buah pulak? Diorang tak ada modal kot, bisik hati aku lagi.

Hairan, makin hari, makin ramai yang jual buah. Agak nya memang dah trend kot jual buah ni. Mula-mula buka gerai, lama-lama nanti buka kedai lak. Dunia..Dunia..

Aku teruskan langkah mencari makanan tanpa mempedulikan fenomena peniaga buah yang kian berleluasa tersebut. Akhirnya sampai kat satu gerai, aku hentikan langkah.

"Dik, bagi rojak buah satu".

******

Tuesday, July 27, 2010

Dendam Orang Minyak - Ep 1


Hidup di Bandar besar seperti di Kuala Lumpur membuat kan Zafran buta tentang agama. Selama ini, dia jahil mengenai halal haram, dosa pahala dan hidup bergelumang dengan maksiat. Ibubapanya tidak pernah mengajarnya tentang agama kerana terlalu sibuk bekerja. Dia hanya sedar tentang penting nya agama setelah bertemu dengan seorang gadis yang bernama Zalina.

Setelah berkenalan hampir 4 bulan, Zafran mula jatuh cinta kepada Zalina. Sifat dan ketulusan hati Zalina telah menambat hati Zafran. Dia menyatakan perasaan hati nya kepada Zalina dan
menyuarakan hasrat untuk menjadi teman hidup Zalina. Zalina agak terkejut dengan niat yang disuarakan oleh Zafran itu.

Zalina meminta sedikit tempoh masa untuk memikirkan nya terlebih dahulu. Zafran bersetuju dan menanti jawapan dari Zalina dengan penuh sabar. Beberapa hari kemudian, Zalina berjumpa semula dengan Zafran untuk memberi jawapan mengenai niat zafran yang disuarakan beberapa hari lalu.

“Bang. Saya dah memikirkan masak-masak mengenai lamaran abang tempoh hari”, Zalina membuka bicara dengan penuh sopan dan lemah lembut. “So, macam mana? Ina terima tak lamaran abang?”, Zafran bertanya dengan penuh teruja, seperti tidak sabar untuk mengetahui jawapan dari mulut Zalina.


“Ish abang ni, cuba bawak bersabar sikit, gelojoh betul. Em Ina dah tanya pada bapak dan mak. Mereka meletak kan beberapa syarat”, kata Zalina sambil mencapai bunga raya yang ada berhampiran dan mencarik-carik kan nya.


“Syarat..?”, Zafran berkerut dahi kerana pelik dengan jawapan yang diberikan Zalina tadi. “Syarat apa tu Ina?” sambung Zafran. “Nak kahwin pun bersyarat-syarat? Dah macam kisah Puteri Gunung Ledang pulak”, bisik hati kecil Zafran.

Jangan dia mintak jambatan emas dah la, duit keta pun 2 bulan dah tak bayar ni.

Zafran suspen....

Thursday, July 15, 2010

Air Mata Mak Leha 3

Pon.. Pon..

Kedengaran bunyi hon kereta dari luar rumah. Sebuah kereta waja silver parking betul-betul depan rumah Pak Alim. Seorang lelaki kelihatan keluar dari kereta dan berlari kecil kearah pintu rumah Pak Alim seperti ingin mengelak hujan yang semakin lebat. Di dalam rumah, Mak Leha masih menangis tersesak-esak. “Mak bawak bersabar yek”, berkali-kali Laila cuba memujuk ibunya itu namum tidak berjaya.

Tokk.. Tokk.. pintu rumah mereka diketuk.

“Laila, ko pergi buka kan pintu, tengok kan sape yang datang. Mak sedih sangat ni”, Mak Leha mengarahkan anaknya untuk membuka pintu. Tangisan nya belum juga reda.
Laila pun bingkas bangun dan berjalan kearah pintu. Dia faham keadaan ibunya ketika itu.

Setelah pintu dibuka, kelihatan seseorang yang sangat dikenali oleh Mak Leha dan Laila masuk ke dalam rumah. Kemudian lelaki itu membuka mulut.

“Hah awak ni. Tak habih-habih dengan Hindustan awak tu. Dah macam orang mati anak da gayanya”, Pak Alim baru sahaja pulang dari kedai.

Mak Leha tersengeh kucing.

"Ngeh..Ngeh..".

Memandangkan hari hujan, Pak Alim meninggalkan moto kapcai nya di kedai Aru. Kebetulan Haji Leman juga berada di kedai Aru ketika itu, lalu di minta nya untuk menghantar pulang ke rumah. Sebelum pulang, mereka sempat pekena kopi di kedai Janda Kiah. Sebab itu lah Pak Alim lewat pulang rumah.

Petang Sabtu adalah saat-saat yang dinanti-nantikan oleh Mak Leha dan Laila. Tepat sahaja jam 2 petang, mereka akan meluru di depan tv. Rancangan yang sangat diminati dan digilai oleh anak beranak 2 orang ni, slot Panggung Sabtu di TV3. Citer Hindustan, kalau tak menangis, memang tak sah.

Wednesday, July 14, 2010

Air Mata Mak Leha 2

Kelihatan helmet Apollo MS88 bewarna merah milik Pak Alim yang diletakkan di sebelah rak kasut bersebelahan dengan pintu utama rumah. Sebelum keluar rumah, Mak Leha sempat menegur Pak Alim supaya memakai helmet.

“Bang, helmet tu? Pakai la, untuk keselamatan abang jugak”, tegur Mak Leha sambil menunjukkan ke arah helmet Apollo merah itu. “Alaa.. Saya keluar kejap je. Lagipun kedai Aru tu bukan nya jauh pun, hujung tu ha je”, Pak Alim berkeras dan mengendahkan sahaja teguran mak leha tadi.

“Dekat ke jauh ke, keselamatan kena la jaga. Tengok iklan dalam tv tu? Saya tak nak jadi macam tu”, marah Mak Leha. “Ish awak ni, saya tau la jaga diri saya. Awak tak payah sibuk la”, balas Pak Alim. “Ikut awak la bang oi. Jangan lupa pulak apa yang saya pesan tadi”, akhirnya Mak Leha mengalah dengan kedegilan Pak Alim.


Memang keras kepala jenis nya Pak Alim ni dan menjadi kebiasaan baginya tidak memakai helmet setiap kali ke kedai Aru yang terletak hanya lebih kurang 200 meter dari rumah nya itu. Pak Alim terus saja menghidupkan enjin motor kapcai nya itu dan berlalu pergi. Setelah teguran Mak Leha itu tidak diendahkan, dia sambung semula mengadap t.v bersama Laila.

Hampir 2 jam berlalu, namum Pak Alim masih belum pulang. Cuaca petang itu mendung. Sesekali hujan rinrik-rintik turun membasahi bumi bagai mengiringi tangisan Mak Leha.

Thursday, July 8, 2010

Air Mata Mak Leha 1

Suasana di ruang tamu rumah Pak Alim sungguh hiba sekali. Tiada suara gelak ketawa, hanya tangisan dari Mak Leha sahaja yang kedengaran. Sesekali terdengar bunyi hingus ditarik.

Sruuutttt....


Beberapa kotak tisu telah habis digunakan untuk mengesat air mata Mak Leha.

Laila, berusia 18 tahun, merupakan anak bongsu kepada pasangan Pak Alim dan Mak Leha. Sejak pukul 2 tadi dia berada di sisi Mak Leha, cuba menenteramkan ibunya itu. Tidak kelihatan kelibat Pak Alim dari tadi, kali terakhir nya adalah ketika dia ingin keluar ke kedai, membelin sos cili dan kicap yang diminta oleh Mak Leha.

"Mak, sabar la ye mak", Laila cuba meredakan hati Mak Leha sambil menggosok-gosok belakang badan ibunya itu. Mak Leha semakin kuat menangis, sehingga teresak-esak. "Mak, jangan la macam ni mak. Kalau mak tak nak brenti menangis, Laila nak menangis jugak la", Namun Laila masih bertahan, dia tidak menangis lagi. Kelihatan mata nya berkaca dan sedikit kemerahan, air mata nya di tahan dari mengalir.

Laila terus menghulurkan tisu kepada ibunya itu. "Mak sedih Laila. Mak tak dapat tahan, hanya Tuhan saja yang tau betapa pilu nya hati mak sekarang ni", barulah Mak Leha membuka mulut. Percakapan nya tersekat-sekat dek kerana sedih nya yang melampau.

"Waaa.. Waaa.. ", makin kuat tangisan Mak Leha. :kenapa boleh jadi macam ni?", sambung nya. "Laila, kenapa Laila?", dia seperti tidak dapat menerima apa yang telah terjadi.

Friday, June 25, 2010

The Legend


Hah ini dia..

Ni gambar budak kelas aku masa pergi trip ke Teluk Batik sempena lawatan sambil belajar dua hari ke Power Plant kat Perak. Pergi lawatan nya kejap je, tak sampai berapa jam je, yang lain tu, pegi melancong, haha. Pergi mandi laut, berendam lama-lama kat swimming pool dan berfoya-foya disekitar pantai pada malam nya.

Jadi, aku touch up sikit gambar yang asal dan terhasil la gambar yang agak Rare ni..

Dalam gambar ni semua nya Legend-Legend kelas aku. Dari kiri: Aku, Han, Kasim, Bob, Megoo, Kecik, Kucheng dan termasuk la Latip(MPP Uthm) ngan Fairus(imam besar), heheh.

Masa ni kitorang baru je sampai hotel kt Teluk Batik tu. Ngah pening-pening lalat lagi. Turun-turun dari bus je,ada orang nak amik gambar. Peminat agaknya, heheh. Jadi apa lagi, masing-masing posing maut r.

Apa-apa pun, trimas banyak-banyak kepada 'peminat' yang telah merakam gambar kitorang ni.

Memang terbaik..